Thursday, February 5, 2015

salam pengakhiran oleh penulis

Seperti yang audience tahu, saya membuat blog ini adalah disebabkan tugasan yang diberikan oleh lecturer saya di dalam subjek pengurusan sistem katering di PTPL. Ingin diberitahu di di sini, saya Muhammad Hidir ingin mengucapkan jutaan maaf jikalau ada yang terguris dengan posting blog saya. Ingin diberitahu juga, kepada sesiapa yang melawat blog saya yang tidak seberapa indah ini, anggaplah blog saya sebagai satu platform untuk saya mengembangkan infomasi internet diri saya. Jika terasa seakan blog saya serba baik, anggaplah blog saya ini adalah satu medan yang baik untuk saya memulakan kerjaya saya secara part time sebagai blogger. Mana tahu saya akan jadi blogger yang lantang memejuangkan hak hak asasi dan semasa... eh, berangan terlebih pula saya nie !!! Seperti yang audience lihat pada blog saya, sebenarnya terdapat banyak halangan dan cabaran untuk saya menulis blog. Antnranya komputer riba saya secara tiba-tiba rosak, pula itu komputer saya rosak ketika tugasan saya tinggi menggunung. Tidak habis di situ, saya seakan penat yang teramat sangat apabila saya terpaksa bahagi masa bekerja secara part time di sebuah restoran segera di Shah Alam kerana saya menanggung pembelanjaan saya di PTPL termasuk pembayaran yuran bulanan yang dibantu oleh ibubapa saya juga. Ingin diberitahu, saya juga mengalami masalah ketandusan untuk mencari idea dan tempat yang ingin saya posting. Terakhir, saya ingin menyampai jutaan terima kasih kepada Puan Husdha kerana mengajar Pengurusan Sistem Katering sepanjang semester 1 saya di PTPL. Ingin saya beritahu, jauh di sudut hati saya, ingin mendapat president list pada semester ini. Apabila saya melihat running mark saya yang disiarkan oleh puan sebentar tadi, bergelora perasaan saya ingin mendapat president list pada semester ini ditambah running mark saya pada subjek English. Saya amat berharap subjek kitchen saya cemerlang sekaligus menggelorakan lagi perasaan saya untuk mendapat president list. Apapun, jutaan terima kasih sekali lagi kepada Puan Husdha dan kesemua audience yang melihat blog saya.

No comments:

Post a Comment